SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Intergriti berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘rumah murah’.
Menerusi satu kenyataan hari ini, PPIM memberitahu bahawa tindakan itu dilakukan mereka susulan kegiatan sindekit itu yang masih bergiat aktif sehingga kini.
“Mereka masih lagi aktif mempromosikan projek rumah mereka di dalam saluran media cetak dan elektronik tempatan seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil keatas mereka.
Dalam pada itu, PPIM juga menjelaskan bahawa beberapa laporan polis juga telah dibuat sebelum ini.
Sebelum ini, Unit Tindakan Khas PPIM baru-baru ini telah membongkarkan kegiatan sindiket penipuan ‘rumah murah’ yang dijalankan enam orang dalang yang sehingga sekarang masih lagi bergiat aktif.