Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1133) METRO AHAD 26/1/2014 SEGERA AMBIL TINDAKAN
04 Feb 2014

Headline: Segera ambil tindakan
Publication: MA
Date of publication: Jan 26, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 018
Byline / Author: Oleh Suraya Roslan; Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa digesa membuat pemantauan
segera kerana kemungkinan ada warga tempatan senasib dengan seorang mualaf
warga Filipina yang dipaksa menjadi ibu tumpang sehingga melahirkan anak kembar
dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk
Nadzim Johan berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dirujuk
secara langsung untuk membantu kes itu, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku
kerana ia bukan saja membabitkan institusi kesihatan swasta di negara ini,
malah lebih penting, dilakukan ke atas orang Islam.
Katanya, semua orang sedia maklum bahawa menggunakan khidmat
ibu tumpang haram dalam Islam, namun cubaan pihak tertentu menawarkan khidmat
itu dengan ganjaran lumayan sangat membimbangkan, apatah lagi ketika isu
berkaitan agama hangat diperkatakan kebelakangan ini.
“Saya berjumpa mangsa dan mendapati ada asas dalam
aduannya. Dia tersepit dan diugut ejen serta doktor pusat perubatan itu,
menyebabkan dia terpaksa menerima ‘ganjaran’ menjadi ibu tumpang walaupun pada
mulanya dia enggan,” katanya.
Beliau mengulas nasib menimpa Irene, mualaf yang menempuh
pengalaman pahit apabila dipaksa menjadi ibu tumpang oleh ejen pekerjaan,
dipercayai didalangi sindiket tertentu yang menjanjikan bayaran lumayan.
Nadzim berkata, pihaknya juga merujuk mangsa ke Baitulmal
Wilayah Persekutuan untuk bantuan segera berikutan dia tiada saudara- mara di
Malaysia selain membantu wanita itu menyambung visa untuk tempoh sebulan lagi
bagi menyelesaikan kes itu.
“Kita berharap ia jadi pengajaran kepada semua orang
Islam. Hati-hati dengan tawaran sebegini dan jangan gelap mata apabila
dijanjikan bayaran lumayan.

“Ini bukan saja berisiko menggadaikan
akidah, malah dalam aspek lain menyumbang kepada kesinambungan generasi yang
tidak diketahui asal keturunan,” katanya