Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1104) SINAR HARIAN 10/1/2014 KOS SARA HIDUP : Perlu dana tolong pengguna
11 Jan 2014

SHAH ALAM – Kerajaan perlu memandang serius cadangan untuk
memperkasakan persatuan pengguna bagi membantu rakyat terutamanya dalam isu
mengurangkan beban kos sara hidup.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Dr Maamor Osman berkata, untuk memperkasakan persatuan tersebut, kerajaan
perlu menyediakan dana secara signifikan kepada NGO itu.
Menurutnya, dana diperlukan untuk melancarkan proses menyebarkan
maklumat dan mendidik rakyat bermula dibangku sekolah.
“Ya, saya sokong cadangan itu, kerajaan perlu memandang
serius perkara tersebut.
“Persatuan pengguna di Malaysia sangat miskin oleh itu
kerajaan perlu menyediakan dana secara signifikan kepada persatuan tersebut
untuk proses memberi maklumat yang berguna,” katanya kepada Sinar Harian
Online, hari ini.
Beliau juga menambah, kerajaan bersama sektor swasta perlu
bekerjasama untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kerajaan boleh mengurangkan
beban kos sara hidup rakyat dengan mencuba kaedah baharu seperti memperkasakan
persatuan pengguna dan koperasi di negara ini.
Menurut Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, peranan dua badan
itu mampu menjadi suara dan mempertahankan hak rakyat kepada kerajaan, sekali
gus mengawal kenaikan harga barang.
Amir Hussin berkata, koperasi dan persatuan pengguna seperti
di New York, Amerika Syarikat (AS), sangat kuat dan bergiat aktif dalam
menyuarakan hak rakyat.
“Kenapa persatuan pengguna di negara ini senyap dan tidak
lantang bersuara? Manakala, koperasi pula terabai. Terlampau banyak yang boleh
dibuat, telah diabaikan, sedangkan badan ini mampu menjadi pencetus idea kepada
kerajaan.
“Jika mereka gagal berperanan, kejutan ekonomi memberikan
kesan buruk buat isi rumah. Justeru, kerajaan jangan membuat kejutan kenaikan
harga barang,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan
Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), 
Muhammad Shaani Abdullah berkata, kekurangan dana adalah salah satu
faktor yang memberi kesukaran kepada persatuan untuk bertindak menyampaikan
maklumat dan membantu pengguna dengan baik.
Katanya, selain dana yang cukup daripada pihak kerajaan,
pengguna juga perlu bekerjasama dengan persatuan untuk menekan peniaga yang
menaikkan harga barang sekaligus kos sara hidup makin meningkat.
“…pengguna juga perlu bekerjasama dengan persatuan
untuk bagi tekanan serta merta kepada peniaga yang sesuka hati naikkan harga
barang.
“Kerjaan juga perlu bagi dana, supaya mudah kita nak
lakukan tugas kita contohnya seperti Singapura, persatuan tersebut tak perlu
fikir maslaah kewangan, mereka hanya menjalankan tugas untuk menyampaikan
maklumat.

“Kita di Malaysia agak sukar membuat permohonan dana
untuk melakukan program kepada rakyat,” jelasnya