Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi yang berpeluang bersemuka dengan Dzulkifli selama kira-kira empat jam.
‘‘Saya juga mengakui kehebatan SPRM dalam tugas risikan dan ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada pengamal rasuah di negara ini. Malah, beliau (Dzulkifli) sanggup terima kritikan dan pandangan saya. Apabila beliau kata hanya ingin meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, saya hampir menitiskan air mata.
‘‘Malah, saya suka dengan jawapan yang mengatakan beliau berkhidmat bukan untuk orang politik, sebaliknya untuk rakyat dan negara,’’ katanya yang dipetik daripada sebuah portal di sini hari ini.
Yusuf mengulas pertemuannya dengan Dzulkifli atas jemputan rasmi sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau ditahan SPRM di Putrajaya semalam.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-pesuruhjaya-sprm-luar-biasa-1.536780