BANGI – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi dijemput untuk memberi syarahan di dalam program Syarahan Industri dengan membawa tajuk “ Pinjaman Wang: Ahlong.. Boleh Tolong?”
Perkongsian ini dijalankan di dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Syarahan tersebut disertai oleh lebih 200 orang pelajar UKM.
PPIM berharap perkongsian seperti ini sedikit sebanyak dapat mendidik para pelajar agar peka tentang Bahana Ahlong.