Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan kelemahan pihak pengurusan yang mengkhianati agenda pendidikan negara.
“Setakat ini, pihak kami telah menerima lebih 30 aduan mengenai pelbagai isu berhubung kes pelajar dari seluruh negara yang diperdaya pihak institusi pengajian tinggi swasta.
“PPIM mengalu-alukan lebih ramai pelajar yang pernah menjadi mangsa untuk tampil memberi maklumat bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Artikel Penuh di http://www.kosmo.com.my/negara/kolej-potong-yuran-tanpa-sebab-1.584964