Kempen Ziarah Zakat Siri 1
Kuala Lumpur 6 Mac – Kempen Ziarah Zakat Siri 1 kolaborasi strategik diantara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memilih lebih 36 premis di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai kunjungan perasmian bagi kempen ini.
Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan 2018 (SPPZ) yang dijalankan oleh PPIM dilihat mampu menjadi platform hebahan zakat kepada umum dan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya Zakat Perniagaan khususnya oleh pemilik syarikat dan premis perniagaan atau persatuan.
Malahan umum mengetahui bahawa menunaikan zakat merupakan tanggungjawab yang dituntut dalam rukun Islam. Justeru kempen ini diharapkan dapat menggalakkan penambahan jumlah pembayaran zakat dan mendekatkan masyarakat umum dengan PPZ-MAIWP yang merupakan pengutip zakat di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir bagi merasmikan kempen SPPZ dan seterusnya menziarah premis yang terpilih di sekitar lot kedai bazar Masjid Jamek adalah Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat dan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan beberapa wakil Baitulmal.
PPZ-MAIWP menyarankan pemilik premis dan perniagaan agar menunaikan Zakat Perniagaan mereka bagi menjamin keberkatan dalam perniagaan.