Program Himpunan Baitulmaqdis, Kami Bersamamu.
Himpunan Baitulmaqdis ini adalah dibawah anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri dan program ini juga telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, S.F Tn. Hj. Hashim Bin Salleh.
Ketua Aktivis PPIM, toqqi turut dijemput sebagai panel dalam program ini bagi membentangkan peranan pengguna dalam dalam menghadapi cabaran dunia pada masa kini.
Antara panel yang hadir Leftenan Kolonel Madzri Munsman, Dr. Hj Norazman, Ustaz Norazli dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan maklumat yang lebih jelas serta terkini tentang realiti semasa yang berlaku di Baitul Maqdis.
Selain itu, program ini juga adalah untuk menzahirkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban terhadap isu-isu yang berlaku di Palestin dan Baitul Maqdis.
Turut hadir dalam program ini Pengarah Latihan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamudin Hashim.