Minyak masak terpakai dikutip dari dapur- dapur hotel / kilang , ditapis dan disuling dan dibungkus dan dijual semula kepada pengguna serta dieksport ke luar negara (walaupun Malaysia merupakan salah satu Hub-Halal dunia).
Mengikut kajian, penggunaan minyak masak terpakai akan membawa kepada kemudaratan kesihatan pengguna. Penggunaan minyak masak terpakai adalah antara penyebab penyakit kardiovaskular, Alzheimer, stroke, dan darah tinggi.