Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEM GENERASI BIJAK “PENINGKATAN SAHSIAH DIRI (PSD) – KEM PHOTON VALLEY, HULU SELANGOR – 20/3/18
20 Mar 2018

Hulu Langat, 20 Mac 2018 – Nama Azizan Manap atau Cikgu Azizan bukannya satu nama besar tetapi menjadi viral setelah dituduh mengasari seorang pelajarnya yang berusia 11 tahun. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tersebut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di pipi kiri pelajar yang dipercayai mempunyai masalah disiplin, menghidu gam, semasa perhimpunan sekolahnya pada 6 April 2017, sekitar jam 7 pagi. Hal ini membuktikan bahawa segelintir pelajar sekolah di Malaysia mempunyai masalah disiplin yang tinggi.

IMG_2247

IMG_2251 IMG_2308

Pelbagai program dan kursus yang dianjurkan oleh sesetengah organisasi dan pihak kami sendiri bagi membantu kebanyakan pelajar yang sukar mendapat peluang untuk mendapat pendedahan yang sepatutnya dan sering dipinggirkan yang mana mereka ini juga kurang bernasib baik agar mereka tidak terus terjerumus dalam kancah masalah sosial seperti merokok, vandalisme, seks bebas, merempit dan sebagainya demi menghentikan masalah disiplin ini.

IMG_2318

Petikan daripada kata-kata Saidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa jatuh bangunnya sesebuah negara terletaknya di tangan remaja pada masa kini kerana golongan ini adalah pewaris kepimpinan pada masa akan datang.   Baik lenturannya baik lah akhlaknya, kurang baik lenturannya, kurang baik lah akhlaknya.

 

IMG_2355

IMG_2398 IMG_2399 IMG_2408 IMG_2410

Tingkah laku individu itu sendiri melambangkan corak pembentukan sahsiah diri yang seharusnya dipupuk oleh ibu bapa seawal usia anak-anak menjangkau setahun.  Ia amat bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.  Ibu bapa serta guru sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri seorang pelajar tersebut.

 

IMG_2417

Justeru itu, satu KEM GENERASI BIJAK : “PENINGKATAN SAHSIAH DIRI (PSD)” anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) serta diuruskan oleh Syarikat Genbijakdotmy Sdn. Bhd. diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 18 Mac (Ahad) sehingga 20 Mac 2018 (Selasa). Kem ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang melibatkan 50 orang pelajar terpilih.

 

IMG_2421 IMG_2252 IMG_2257 IMG_2275 IMG_2278 IMG_2280

Tujuan utama kem ini diadakan khusus buat pelajar dengan tujuan memberi peluang dan pendedahan yang sepatutnya yang mana ianya juga bertujuan memberi dan membina kesedaran diri mengenai tujuan sebenar sebuah kehidupan. Disamping itu, program ini juga dilihat mampu membina paradigma pelajar cemerlang dari segi pencapaian sahsiah dan akademik.

 

IMG_2292 IMG_2295 IMG_2312 IMG_2314 IMG_2373 IMG_2419

Program ini diharap dapat membuka mata semua pihak terutama masyarakat di luar sana yang mudah untuk melabel mereka ini tanpa memberi mereka peluang dan bantuan yang sepatutnya. Peranan ibu bapa, para pendidik dan masyarakat juga perlu sedar tentang kepentingan pembentukan sahsiah diri dalam kalangan pelajar di bangku sekolah penting bagi memastikan Negara Malaysia terjamin dengan sifat kepimpinan yang tinggi.