Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan salah satu NGO yang dipilih untuk mengikuti Program Pemukiman Dan Pemantapan Kolaborasi Serta Kerjasama Dari Kalangan NGO Dalam OPS BAH yang berlangsung di Pulai Spring Resort, Johor Bahru bermula 15 April hingga 17 April 2018.
Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara keseluruhan berkaitan peruntukan Akta dan Undang-Undang yang berkaitan bidang kuasa agensi masing-masing.
Selain itu, Program Pemantapan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama di antara NGO dengan agensi penguatkuasa disampaing mengenal pasti halatujua program susulan OPS BAH. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)