Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
OPS BAH SIRI 44, “TAK PILIH KASIH” SERBU ZOUK – 20/4/18
23 Apr 2018

Kuala Lumpur 21 April – Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 44 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KWPKL) kali ini berlangsung di kelab malam terbesar, ZOUK, yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


30716592_1810604338992030_3412656257486553088_o 30742980_1810603115658819_1831515200524648448_oKeuntungan RM13 juta sebulan hasil perincian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bukanlah ‘token’ bagi premis ini terlepas dari menjadi sasaran operasi yang turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain.

Malahan penglibatan NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Turut sama serta dalam serbuan ke pusat judi, lubuk maksiat dan sarang dadah sekitar Kuala Lumpur ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang merupakan antara NGO aktif dalam setiap siri OPS BAH.

30743595_1810603175658813_7927295131923775488_o 31052154_1810603255658805_1060050516232372224_oOperasi yang bermula kira-kira jam 1 pagi ini menyaksikan golongan pelajar antara yang paling ramai menghabiskan waktu malam hujung minggu di premis ini dengan hanya bayaran serendah RM65 sahaja.

Ketua Penyelaras OPS BAH, Azman Mahmood, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki Cina yang dikenali sebangai “Tonto” sebelum serbuan bermula.

“Sebelum serbuan, kita dapat tangkap seorang Tonto yang disyaki menjadi mata-mata bagi operasi kali ini.”

31073357_1810603315658799_6210392959053987840_o 31100558_1810604285658702_1927935279289597952_nKita tahan selama 24 jam dan ujian dadah juga dijalankan, sekiranya negatif, kita akan lepaskan dia.” ulasnya lagi diakhir sidang media awal pagi tadi.

Serbuan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bebas dari segala gelaja negatif yang merosakkan negara.

31120892_1810604432325354_6271434911165448192_o 31124698_1810604385658692_3647226239954976768_o