Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEMPEN ZIARAH ZAKAT SIRI 4 – PPIM – 24/4/18
24 Apr 2018

Kuala Lumpur 24 APR – Setelah tiga siri Ziarah Zakat menggesa para peniaga untuk menunaikan zakat perniagaan anjuran kerjasama diantara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) – MAIWP bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diadakan sejak Mac lalu, PPZ-MAIWP dan PPIM sekali lagi menziarahi 32 premis di Keramat Mall bagi siri ke 4 yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi tadi.

IMG_4718 IMG_4724 IMG_4728 IMG_4737 IMG_4741

IMG_4733

IMG_4750

IMG_4767 IMG_4865 IMG_4761 IMG_4772 IMG_4776

Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat ini bertujuan untuk pemakluman berkaitan zakat perniagaan khususnya kepada para peniaga / pemilik syarikat / pemilik premis di Keramat Mall, Kuala Lumpur. Keramat Mall dipilih sebagai lokasi ziarah siri ke 4 kerana kedudukan yang strategik dan menjadi antara tarikan pengunjung khususnya pada masyarakat sekitar Kampung Datuk Keramat dan Damai.

Siri Ziarah Zakat kali ini lebih istimewa dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Pengerusi PPZ, Datuk Hj Che Mat Che Ali, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ Toqqi, dan turut dimeriahkan dengan selebriti jemputan, Puteri Sarah Liyana.

IMG_4800 IMG_4814 IMG_4787 IMG_4816 IMG_4818

“Kita bersama-sama mempromosi dan menggalakkan pengguna membeli produk-produk yang pengusahanya pembayar zakat dan juga kita hendak menggalakkan orang ramai menyokong program ini”

“Kita di PPIM cukup teruja dengan rakan-rakan disini yang sentiasa menyokong program kita” ulas Toqqi ringkas.

IMG_4825

IMG_4860 IMG_4827 IMG_4842

PPZ-MAIWP turut memperkenalkan dan menyerahkan Buku Tunai kepada para peniaga bagi memudahkan pengiraan zakat pernigaan mereka secara bulanan sekaligus meningkatkan pospek zakat agar mengenali zakat dan menunaikan tanggungjawab berzakat mereka.

“Buku tunai ini diantara ‘basic’ cara pengiraan hasil dan juga tolakan perbelanjaan supaya memudahkan peniaga kita” ulas Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Ahmad Shukri Yusof.

IMG_4883

IMG_4888

Lebih 30 orang kakitangan PPZ-MAIWP dan PPIM turut serta dalam promosi turun padang kali ini agar pera peniaga di Keramat Mall khususnya disantuni berkaitan pelbagai pertanyaan dan permasalahan berkaitan zakat perniagaan mahupun zakat individu.