891) SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN GEREJA MALAYSIA DAN PENGANUT KRISTIAN
05 Sep 2013
(Artikel ini
diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud
asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu
beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.)
SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN
GEREJA
MALAYSIA DAN PENGANUT KRISTIAN
Persatuan
Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan
keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari
seluruh dunia.
Kami
merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos
2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad
.
Dalam
ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak
gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak
membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin
menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya,
Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah
organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan
badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan
Maha Kuasa, Allah.
Kami ingin
bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan
Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian?
Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran
yang mereka percaya, seperti
yang biasanya dilakukan oleh orang-orang
yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah
ini?
Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church)
tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan
berikut;
“Malangnya,
kita terlalu kerap cuba untuk contextualize
penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja.
Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus
(Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya”
(Gabriel
Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya
kepada para pemimpin Kristian;1987)
Umum
diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak
zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan.
Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal
Muslim World(Jurnal Pengajian Islam
volum XLVII 298)
“Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan
asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan
unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan
kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian.
Bukanlah
pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina
Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus
menanyakan “Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu
peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini
untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah
keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?
Pada ketika
ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks
Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu
‘La ilaha illlallah’, bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab
untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu
nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud
tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya
sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta
yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah
merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.
Penggunaan
nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu
membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang
Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak
menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian nama itu. Pada
pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah
berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka
hati.
Kami percaya
bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan
konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan
bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang
digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan
kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran
dakwah yang yang ikhlas dan benar.
Tidakkah
keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun
Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu
(yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam
memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina
memanggil “Jesus” apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan
hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan
apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas
dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan
boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri,
Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas “akan meneruskan amalan (menggunakan
nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
(Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.
Jika
diikutkan sudut pandangan ‘hak’ semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi
porak-peranda.
J.Dudley
Woodberry dalam “Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun
Biasa” ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions,
Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;
Contohnya,
“Allah” asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan
sebelum zaman Nabi Muhammad. ‘Wahy’ (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari
segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic
dan digunakan oleh para penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata;
“Bahagian pertama sebutan syahadah “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan
selain Allah” adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34
(“Tidak ada tuhan selain Allah”) dan 112:1-2(“Katakanlah,
‘Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh
Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah,
hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan”)
Hujahan
bahawa nama “Allah” berasal dari Syriac Kristian lantas
menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang
kurang bernas.
Sepatutnya,
penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi
lunas “Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan”.
Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah
adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung
secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah
kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan
bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan
itu Satu (sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada
bantahan.
Profesor Al
Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah
digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf
tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati
umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka
termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah
sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas
sekali bercanggah dengan doktrin Kristian ‘cinta sesamamu’ (love thy
neighbour).
Kami juga
berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk
menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak
berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam
semua bahasa.
Prof Al
Aidrus menyatakan bahawa “Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan
Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat
Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan perkataan seperti “Sheng Fu, Sheng Zu
dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan
Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus”.
Jika begitu,
apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian
bahasa Melayu?
Di peringkat
antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan
merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran
tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang,
kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam “basmallah”
and diakhiri dengan “sadaqallahul a’zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat
Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin
akan menganggap Quranlah yang didengarinya.
Kita
menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai “Rumah
Jemaah Allah” dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan
kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.
Di Timur
Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab
setiap hari.
Mengapakah
gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan
mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja
ataupun ‘contextualization’ sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut
bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?
Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk
memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh
masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada
masyarakat yang yang ditujukan, adalah
amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.
Kajian kami
menunjukkan bahawa konsep “Trinity” berkemungkinan besar lahir di
Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu
Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ‘ agama tiga
dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan ‘pagan’ purba Eropah. (sila rujuk
http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep
agama Eropah pra-sejarah ‘tiga ikon’ yang didakwanya menyuluhi kepercayaan
“agama tiga dalam satu”).
Ada
kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian
lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.
Dalam kertas
kerjanya “The Trinity and
Contextualization“, Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.
Rev
Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan
konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection)
” konsep tradisional, yang berkurun lama
– diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai
Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar
(impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai
alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos – doktrin yang
digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan.
Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja
dan mengubah secara radikal .
Dalam
proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam
tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia
Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh
perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk
oleh Conn sebagai de- contextualization.
Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu
bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .”
Rev Ralph
Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara
berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi
keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini
termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin
asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan pula
kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri.
Mari kita
kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.
Kita melihat
penyerapan kepercayaan “pagan” Eropah dalam bentuk perayaan Krismas
dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan
untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti
dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa
Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan
dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari
Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah
meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.
Walaubagaimanapun,
ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas
sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan ‘pagan’ yang berasal
daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut
yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat ‘janggut panjang’ merujuk kepada
Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan
melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing
putih.
Apa yang
pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak
mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.
Dr.Richard P.
Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman
beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi
berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian,
cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement
Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses
itu.
Apakah yang
ditakrifkan sebagai “Contextualization”? Memetik daripada Rev Ralph
Allan Smith
“Hesselgrave
dan Rommen memilih tiga cadangan awal;
1. Kami
memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu
keadaan tertentu.(Byang H Kato)
2. Terjemahan
unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan
budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)
3. Contextualization
digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu
satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan
atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh
penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).
Menurut
Conn , kita mesti menimbang “rangka presuppositional
” itu sendiri dengan ” penghakiman kata-kata Tuhan. Untuk contexualize
mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur
yang wujud disebabkan oleh “cutural bias”
kita sendiri. Kita juga adalah
sebahagian daripada matriks budaya yang merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang
menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.”
Kita dapat
melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran,
atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama
Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai
sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun
kepercayaannya sendiri.
Untuk
menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa digunapakai oleh masyarakat yang
menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan
Kristian diterima dengan senang.
Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan
desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi .
Maka tidak
jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah
motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH
dalam bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam.
Begitu juga
apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau
mengadakan upacara keagamaan (service)
pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari
Ahad.
IMCA
berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama
Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization
yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu
Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah
niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian.
IMCA dengan
rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk
menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan Kebenaran Kristian.
Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan
kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam
keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang
lebih sedap didengar oleh orang bukan Kristian.
Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang
yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran
itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama
Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi,
Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu”
(Prof Al Aidrus).
Keikhlasan
menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan
Kebenaran dan fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan
dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan
konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel
Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas
kepercayaan mereka.
Manusia hari
ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan,
kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.
Adalah lebih
bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk
kebaikan manusia sejagat.
Menghormati
setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam
dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.
Marilah kita
bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.
Sheikh Kareem
Secretary General
International
Muslim Consumer Association
Kuala Lumpur
5 Sept 2013
Post Views: 269