SEGAMBUT 6 Mei – Terpaksa mempamerkan kad pengenalan bagi membuktikan kewarganegaraan setiap kali dituduh sebagai warga asing yang menetap secara haram di Kampung Pasir Segambut, Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, status tanah yang sudah didiami selama 70 tahun oleh sebuah keluarga berketurunan Pakistan ini diragui oleh pihak Jabatan Tanah kerana mangsa dimaklumkan bahawa tanah terbabit masih kekal statusnya sebagai Tanah Simpanan Kawat Elektrik.
“Pada 2001-2002, saya terkejut apabila juru ukur dari Jabatan Tanah & Galian berada di perkarangan rumah saya untuk mengukur tapak rumah saya” “Mereka memaklumkan bahawa status tanah kediaman saya telah bertukar status kepada LOT dan akan pecah LOT sebab hak milik telah diberikan kepada individu yang langsung tidak pernah menetap di tapak terbabit.” jelas wakil peneroka, Mohammed Akarm Baboo, 58 tahun.
Permohonan tanah juga sudah dikemukakan beberapa kali, pertama pada 18 Mac 1968 oleh arwah ibu mangsa, Hajah Mehraj Bibi dan keduanya pada Ogos 2003 oleh arwah abang mangsa, Mohd Haslam Baboo.
Namun kedua-dua permohonan ditolak tanpa sebarang alasan sehingga muncul tuan tanah baru sekitar tahun 2015 dan meminta mangsa mengosongkan tapak kediaman tanah terbabit dengan segera.
Namun apabila permohonan sama yang dibuat oleh jiran mangsa diluluskan dan status pemilikan tanah berjaya. 2 “Jiran kami, keluarga besar berketurunan India ada juga membuat permohonan hak milik untuk tapak kediaman mereka dan permohonan mereka berjaya tidak seperti permohonan kami sejak 50 tahun lalu” Akarm Baboo yang merasa teraniaya telah hadir ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi mencari jalan penyelesaian dan berharap supaya pihak Jabatan Tanah dapat memberikan kerjasama sebaiknya dalam memastikan status sebenar tanah terbabit.