Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
200 PLAT PATRIOT UNTUK BANTU JAYAKAN PROGRAM KBP 2018 KBH-UKM – PPIM – 15/5/18
15 May 2018

KUALA LUMPUR 15 Mei – Usaha murni para siswazah Kolej  Burhanuddin  Helmi (KBH) Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM) menjejaki dan mengkaji khazanah-khazanah  sejarah  Malaysia  yang  di simpan di Muzium British di London mendapat suntikan moral daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Persatuan itu dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabatnya di sini hari ini telah menyerahkan sejumlah 200 plat PATRIOT bernilai RM250 hingga RM5,000 kepada penganjur program Kembara Belia  Patriot  2018 (KPB2018) yang diadakan kerjasama Yayasan  Patriot  Negara  Malaysia  (YPNM).

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.08 PM WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.09 PM WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.10 PM

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.15 PM (1)

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menghadiahkan 200 plat bernilai antara RM200 hingga RM5,000 berkenaan kerana melihat manfaat besar yang bakal dibawa oleh program tersebut dalam usaha memperkukuhkan semangat patriotisme rakyat.

Tambah Nadzim, selain itu, sumbangan tersebut juga diharap dapat mendidik golongan muda untuk berusaha dan berdikari serta tidak mengharapkan ihsan pihak lain semata-mata.

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.15 PM

“PPIM terpanggil untuk menjayakan program ini kerana manfaat besar yang dibawa kepada masyarakat dan para siswazah ini

“Usaha mereka amat penting terutamanya dalam negara menghadapi cabaran era baharu yang memerlukan semangat patriotisma yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata beliau kepada media selepas majlis penyerahan plat tersebut.

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.14 PM

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.13 PM (1)

Nadzim turut memaklumkan, PPIM juga akan membantu penganjur KBP 2018 untuk mempromosikan penjualan plat-plat tersebut menggunakan media sosial persatuan.

Menurut Ketua Pengarah KPB2018, Nur Addina Batrisyia Jamaluddin, dalam program yang akan berlangsung bermula 8 hingga 16 November itu, pihaknya telah mendapat peluang untuk melihat dan mengkaji dokumen-dokumen sejarah Malaysia yang tersimpan di Muzium British.

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.13 PM

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.12 PM

Jelas siswazah Program Media dan Komunikasi; Fakulti Sains Sosial ULM itu, hasil kajian dokumen-dokumen yang tidak didedahkan untuk tatapan khalayak tersebut seterusnya akan didokumenkan dan disiarkan kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan rujukan.

“Ini peluang yang julung kali diberikan rakyat Malaysia untuk mengkaji dan mengkaji sejarah negara yang tercatat dalam dokumen-dokumen berkenaan.

“Kami yakin, pengetahuan yang bakal diperolehi dapat membantu memperkukuhkan lagi semangat patriotik rakyat khususnya dalam kalangan orang muda,” ujar beliau.

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.11 PM (1)

WhatsApp Image 2018-05-15 at 5.58.11 PM

Tambah Addina, dengan bantuan yang diberikan PPIM, pihaknya yakin usaha yang dilakukan itu akan dapat mencapai objektif tersebut dengan jayanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengetua KBH, Prof. Madya Muhammad Rahimi Yusop; Timbalannya, Najatulmuna Hamdan; Pengerusi YPNM, Datuk Hussainy Hashim dan Koordinator YPNM, Yan Razall. – UNIT MEDIA PPIM