Sedang berlangsungnya Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Al-Madrasathul Faridiyah bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai, Setapak.
Pada 19 Mei lalu, satu program penyerahan borang bantuan telah diedarkan dan mendapat sambutan lebih 1500 permohonan. Justeru itu, majlis ini diadakan bagi menyerahkan bantuan berbentuk keperluan harian kepada semua pemohon yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan OKU.
Majlis yang turut dihadiri oleh wakil Perdana Menteri melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md. Arip menyaksikan penyerahan ‘mock cheque’ sumbangan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebanyak RM50,000 bagi mengisi Tabung Harapan Negara. @ Sek Keb Taman Sri Rampai.