“Sekitar OPS BAH yang berlangsung di Ibu Kota Kuala Lumpur. OPS BAH Siri Ke-45 ini dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KWPKL) dan turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan YBhg. Datuk Seri Adnan bin Hj. Md Ikshan.
Beberapa agensi kerajaan yang turut sertai seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain.
Serbuan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bebas dari segala gelaja negatif yang merosakkan negara.