Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
808) BERITA HARIAN METRO 5/7/13 Program Iktikaf Masjid
10 Jul 2013

Kuala Lumpur: Bagi
mengisi Ramadan yang penuh keberkatan, Persatuan Kebajikan Nur Alamiyyah
Malaysia menganjurkan Program Iktikaf Masjid pada 26 Julai hingga 5 Ogos dalam
usaha menguar-uarkan semula sunnah Rasulullah SAW.
Setiausahanya Sheikh
Abdul Kareem Said Khadaied berkata, program dengan kerjasama Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan NGO Islam (GNI) itu akan diadakan di Masjid
Negara bermatlamatkan menghidupkan kembali riadah rohaniah dalam kalangan umat
Islam.
Katanya, inisiatif
itu diambil kerana amalan beriktikaf dalam masjid kini dilupakan dengan hanya
segelintir umat Islam mengambil peluang berbuat demikian sepanjang Ramadan.
“Kami pernah
anjurkan program seperti ini 10 tahun lalu untuk belia dan remaja. Bezanya kali
ini kami buka untuk dewasa saja.

“Antara
pengisiannya termasuk mengerjakan solat sunat, khatam al-Quran, tazkirah serta
kuliah kitab lama oleh ilmuwan terkenal,” katanya kepada Harian Metro.