Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak Yayasan Hadhari Imanee mendedahkan sumber kewangan bagi program geran dana usahawan anjurannya.
Pengerusi Biro Undang-Undangnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sehingga kini seramai 300,000 peserta telah menyertai program tersebut yang mengenakan yuran pemprosesan serendah RM150 hingga RM350,000.
Jelasnya, yuran itu dikutip bagi membolehkan peserta mendapat dana antara RM100,000 hingga RM400,000 secara percuma.
“Program geran dana usahawan ini bermula sejak tahun lalu namun semakin agresif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Artikel Oleh : Malaysia Gazette
PPIM BONGKAR PENIPUAN YAYASAN HADHARI
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/08/03/terkini-ppim-bongkar-penipuan-yayasan-hadhari/