PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin memberitahu, sebanyak 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai melalui media sosial.
Menurutnya, mereka yang bertuah itu akan menerima nombor plat Patriot dan baucar membelibelah Mydin.
Selain itu katanya, Mydin turut menyediakan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik buat pelanggannya seperti Kempen Shop, Collect & Redeem dan Shop, Fly & Drive, bagi memastikan hari kebangsaan dirai dengan meriah di semua cawangannya.
“Kempen Shop, Collect & Redeem membolehkan pelanggan menebus bekas makanan eksklusif pada harga istimewa selepas diskaun 70 peratus dari harga asal dengan mengumpul setem yang bakal diperoleh setiap kali berbelanja minimum RM30 di Mydin bermula 16 Ogos hingga 30 November 2018.
“Dengan lima setem dikumpul, pelanggan boleh menebus bekas makanan berkenaan yang didatangkan dalam tiga saiz berbeza dan berlainan harga,” katanya.
Sementara bagi kempen Shop, Fly & Drive, pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan pembelian serendah RM150 menerusi dua gabungan resit dari mana-mana cawangan Mydin atau mana-mana penyewa dalam cawangan Mydin yang sama, sepanjang tempoh peraduan berlangsung selama dua bulan, bermula 16 Ogos hingga 16 Oktober ini.
Pembelian RM150 itu mesti disertakan bersama pembelian produk Pantene dari pasar raya Mydin.
Antara hadiah utama ditawarkan dalam kempen itu termasuklah enam kereta Proton Suprima Turbo 1.6T, 12 motosikal Modenas dan tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Phuket – Kuala Lumpur.
Pada majlis pelancaran semalam, Mydin sekali lagi menerima kepercayaan buat kali ketiga dari Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) untuk bekerjasama mengadakan program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku.
Ia diadakan di lima cawangan Mydin melibatkan Bukit Mertajam, Pulau Pinang (3-5 Ogos 2018); USJ, Subang Jaya, Selangor (16 – 19 Ogos 2018); Meru Raya, Ipoh, Perak (30 Ogos – 1 September 2018); Mutiara Rini, Skudai, Johor (6 – 8 September 2018) dan Petrajaya, Kuching, Sarawak (14 – 16 September 2018).
MyMerdeka Sayangi Malaysiaku mempunyai objektif memberikan kesedaran kepada pengunjung melalui penghayatan secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi antara kaum.
Artikel Oleh : Sinar Harian
61 IKRAR TERBAIK DAPAT HADIAH, TERIMA NOMBOR PLAT PATRIOT