Menurut beliau, selain memudahkan anggota penguat kuasa mengawal penjualan minuman beralkohol tiruan, tindakan tersebut juga sekali gus mengurangkan kes-kes jenayah berpunca daripada pengambilan alkohol.
“Di Australia, individu tidak dibenarkan minum arak di tempat awam sebaliknya hanya boleh minum di kedai-kedai berlesen atau di rumah masing-masing.
“Mungkin undang-undang seperti ini boleh dipraktikkan di negara ini. Lebih-lebih lagi mereka yang mabuk mengundang banyak masalah antaranya menyebabkan kemalangan jalan raya, rogol dan bergaduh,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!semalam.