Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
763) SEKITAR LAPORAN POLIS PADA 10 JUN 2013 BERKENAAN PENGHINAAN DI LAMAN SOSIAL YANG SEMAKIN BERLELUASA
11 Jun 2013

                                          kempenppim's LAPORAN POLIS 11 JUN 2013 album on Photobucket
LAPORAN POLIS 1

LAPORAN POLIS 2

Hina Nabi: Red Bean Army dipercayai terlibat
Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR 10 Jun – Sebanyak 15 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi meminta pasukan itu menyiasat
sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dalam laman
sosial Facebook baru-baru ini dilakukan oleh Red Bean Army (RBA).
Laporan itu dibuat oleh NGO Islam dan Melayu
terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.
Antara NGO itu adalah Kelab Wartawan Muda Malaysia
(KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan dan
Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Sekretariat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan
Seni Silat Kalam dan Persatuan Permuafakatan Wangsa Malaysia.
Pada 8 Jun lalu, Blog Just Read mendedahkan seorang
pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam, selain membuat
penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook yang
menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan blog tersebut di dalam satu
entrinya bertarikh 5 Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim
Johan menegaskan, tiba masanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak
berkuasa terlibat mengambil langkah drastik dengan menangkap individu yang
terlibat memandangkan kesabaran orang Melayu dan umat Islam kini sudah sampai
hadnya. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_34/Hina-Nabi:-Red-Bean-Army-dipercayai-terlibat#ixzz2VsVTuEUl

© Utusan Melayu (M) Bhd