Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PESTA ARAK TERTUTUP TIDAK RELEVAN – UTUSAN MALAYSIA – 15/10/18
15 Oct 2018

Utusan ( pesta arak tertutup tidak relevan ) 15.10.18

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Alasan pesta arak, Oktoberfest dilakukan secara tertutup dan tidak mengganggu masyarakat adalah tidak relevan dan perlu ditolak kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, hal itu kerana penganjuran kempen tersebut langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat malahan mampu menyebabkan keharmonian masyarakat terjejas.

“Tidak ada satu agama pun yang membenarkan penganutnya mabuk dan bertindak di luar batasan kerana sudah hilang kewarasan.

“Alasan pesta tersebut dilakukan secara tertutup tidak relevan. Bagaimana pula sekiranya anak muda menganjurkan pesta dadah secara tertutup? Khayal dan mabuk adalah perkara yang hampir sama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian sijil program kursus asas bekam anjuran Avicenna Academy Malaysia di Hotel Garden Avenue, dekat sini hari ini.

Menurut Nadzim, beliau yakin penganjur pesta tersebut akan menjadikan Oktoberfest sebagai batu loncatan untuk menganjurkan pesta berskala besar pada masa akan datang.

Katanya, kerajaan perlu berani untuk mengehadkan kebebasan sesuatu perkara bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada rakyat.

 

Artikel oleh : Utusan Malaysia

PESTA ARAK TERTUTUP TIDAK RELEVAN