Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HARI KE-ENAM BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK MANGSA GEMPA DAN TSUNAMI PALU, SULAWESI– PPIM – 20/10/18
20 Oct 2018

20 Okt, PALU – Hasil kerjasama antara sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Dan Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) telah menemui tujuh mayat dari beribu mangsa yang ditenggelami lumpur akibat bencana gempa aliran bawah tanah pada penghujung september lalu.

a71fe4ed-b323-488b-bddb-478c63a2718e

9579b7cf-ffe5-48bd-936a-2b8c88bd7345Aktivis PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang merupakan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berkata, kalobrasi sukarelawan APM Dan BASARNAS ke lokasi serta membuat ‘Search and Rescue’ mengambil masa dan risiko kerana keadaan tanah yg lembut amat menyukarkan operasi. Excavator juga digunakan bagi membuat laluan dan pembersihan kawasan. Pergerakan operasi amat merumitkan kerana perlu bekerjasama dengan bahagian kesihatan. Proses semburan anti virus dilakukan terlebih dahulu menggunakan helikopter.

3d4d9048-07d9-43db-9a68-b3efed73bd2b

a8bc808c-ec90-4b9a-8983-64dd2d20223e

Telaga tiub di diilhamkan Oleh MAPIM dan sukarelawan dari Malaysia membantu menyalurkan sumber air bersih kepada mangsa bencana. Telaga yang dinamakan Pompa Malaysia dibina bagi sumber keperluan air sehingga boleh menampung lingkungan 5000 keluarga sehari. Pompa Malaysia ini di buat dengan kos 30 ribu setiap satu (kerja-kerja Telaga utama, tiga silinder tapisan, satu silinder basmi kuman, dan dua cubic tanking air bersih. Projek ini akan berterusan dalam usaha mengumpul dana bantuan dan dipantau dari semasa ke semasa.

Dr. Mohamad Syarif Abd Wahab Dari El’Medina klinik Batu Pahat berkata, ujian tahap pencapaian piawaian kebersihan air adalah tahap yang terbaikk iaitu 7.3ph iaitu tahap air alkali yang amat sesuai untuk kesihatan.

6c28a095-5122-4a28-926f-4772bfe2b903 7e79e5d2-5a56-4dff-a1a5-6657ddc24fad 10c5cd30-4393-4924-b575-7a714c32c377 298d6bc7-9a62-4505-9fbd-363430b0112b 2089ae52-676e-491f-99b4-635b9a3ef22d 7802ac3e-26ca-40ce-9729-95696a9f6c44b9df2ef9-0b63-4da6-882d-83666bd5f88e b31debd7-27c7-444d-8a2a-5e6f53750fb6

Manakala di sebelah tengahari khutbah Jumaat disampaikan Oleh Hj Kamarudin,Presiden Islamic propagation Society (IPSI) tajuk khutbah “Taubat dan Kasih Sayang Allah” membuatkan kebanyakan Jemaah solat jumaat mengalirkan air mata.

 

Oleh Zulkarnain Abd Rahman