Menerusi blog tersebut, penulis mendakwa PPIM menerima wang sebagai balasan untuk tidak menyelesaikan aduan daripada pengusaha francais makanan tersebut.
“Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, tiada duit tetapi tidak pernah menerima wang sogokan, meminta wang dan tidak mungkin akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
“Kita ada menerima aduan daripada mangsa (francaisor) berkaitan masalah dengan syarikat makanan tersebut dan telah berjumpa pihak terbabit namun tidak mengambil kes ini kerana ini ia kes besar dan perlu diselesaikan oleh kementerian berkaitan,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini . – UTUSAN ONLINE –