KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), General (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia kira-kira pukul 8.20 malam ini.
Allahyarham yang juga Pengerusi Yayasan Patriot menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Khalid Ibnu Al Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat untuk urusan pengebumian yang akan dilakukan esok.
Upacara pengebumian Allahyarham dijangka dibuat pukul 10.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Artikel Oleh : Malaysia Gazette
PENASIHAT KEHORMAT PPIM MENINGGAL DUNIA
http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/23/penasihat-kehormat-ppim-meninggal-dunia/