639) BERITA HARIAN 29/12/12 -Bank Negara seragam dokumen
07 Jan 2013
Headline: Bank
Negara seragam dokumen
Publication: BH
Date of publication:
Dec 29, 2012
Section heading:
Main Section
Page number: 001
Kuala Lumpur: Mulai
Selasa depan semua institusi perbankan diwajib menggunakan dokumen yang sama
bagi perjanjian pinjaman perumahan berjumlah kurang daripada RM500,000.
Dokumen itu
menggunakan bahasa mudah untuk memastikan peminjam memahami terma kontrak,
syarat utama perjanjian serta tanggungjawab peminjam dan pembiaya.
Bank Negara Malaysia
(BNM) memperkenalkan peraturan itu kerana peminjam sebelum ini sukar memahami
kontrak berikutan huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen perjanjian
berbeza di antara bank, selain pengg unaan bahasa yang tidak jelas dan terlalu
kompleks.
Headline: Guna
dokumen seragam
Publication: BH
Date of publication:
Dec 29, 2012
Section heading:
Main Section
Page number: 018
Byline / Author:
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
Kuala Lumpur: Mulai
Selasa depan semua institusi perbankan wajib menggunakan dokumen yang sama bagi
perjanjian pinjaman perumahan dengan bayaran pokok kurang daripada RM500,000.
Peraturan penggunaan
dokumen yang standard itu untuk mengurangkan risiko peminjam tidak memahami
sepenuhnya terma kontrak perjanjian mereka.
Menurut kenyataan
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, selama ini peminjam menghadapi kesukaran
memahami kontrak kerana huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen
perjanjian berbeza di antara bank, selain penggunaan bahasa yang tidak jelas
dan terlalu kompleks.
Dokumentasi standard
berkenaan dapat meningkatkan pemahaman peminjam dan membuat perbandingan terma
serta syarat utama perjanjian, termasuk tanggungjawab peminjam serta pembiaya.
Inisiatif itu
dilaksanakan hasil kerjasama BNM dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM)
dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) serta institusi
kewangan.
Garis terma, syarat
Ia untuk menggalakkan
keberkesanan dalam proses perniagaan dan mempertingkat kualiti penyampaian
perkhidmatan dalam sektor kewangan.
Menurut BNM,
institusi perbankan dikehendaki menggariskan terma dan syarat utama secara
konsisten dengan menggunakan templat yang disediakan ABM selepas berunding
dengan BNM.
BNM juga menjelaskan
jumlah bayaran pokok hanya merujuk kepada amaun pinjaman untuk harga pembelian
harta kediaman. Bagaimanapun, pinjaman atau pembiayaan boleh digunakan untuk
menampung kos pengubahsuaian dan Asurans Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA).
Sementara itu, Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata
persatuan menyokong arahan berkenaan kerana ia memudahkan pengguna membeli
rumah.
“Sebagai contoh
pembeli terpaksa menandatangani setiap helaian Surat Perjanjian Jual Beli Rumah
(S&P) yang tebal dengan tulisan bersaiz kecil sehingga ramai yang hanya
menandatanganinya tanpa membaca perjanjian.
“Inisiatif baru
ini sudah lama kami perjuangkan bagi meringankan bebanan pengguna,”
katanya.
Post Views: 204