Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
651) BERITA: Akta Kebankrapan 1967 tidak lagi relevan
04 Nov 2012

Kuala
Lumpur: Akta Kebankrapan 1967 yang didakwa sebagai lapuk dan tidak relevan
memang wajar dipinda bagi membolehkan individu muflis tidak terperangkap dengan
stigma itu sepanjang hayat mereka.
Akta
itu juga tidak adil kerana hanya memberi kelonggaran kepada syarikat,
berbanding individu yang perlu berdepan dengan semua kesukaran secara peribadi
apabila diisytiharkan muflis .
Pengerusi
Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pelbagai kerenah
birokrasi menyukarkan individu yang diisytihar muflis membersihkan nama mereka.
Beliau
berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) perlu mewujudkan kaedah atau pemudah
cara untuk membolehkan golongan berkenaan membina hidup baru.
Akta
lapuk tidak adil
“Pemuda
UMNO pernah menghantar laporan serta kertas cadangan kepada Tan Sri Noh Yakcop,
Menteri Kewangan Kedua ketika itu berhubung perkara ini.
“Isu
ini serius kerana akta lapuk tidak ada adil. Selepas diisytihar muflis, aset
dibekukan sedangkan mereka perlu membayar upah guaman atau menanggung kos
mahkamah. Bagaimana semua itu boleh dilakukan jika segala yang berkaitan urusan
perbankan dibekukan,” katanya.
Sohaimi
juga berkata, peranan MdI perlu diperluaskan bagi memastikan individu muflis
diberi peluang kedua atau setidak-tidaknya kebenaran membuat urusan perbankan
bagi membolehkan proses mahkamah berjalan lancar.
“MdI
perlu lebih fleksibel kepada individu muflis. Apa yang kita minta hanya sedikit
kelonggaran supaya kelangsungan hidup mereka tidak terhenti apabila
diisytiharkan muflis.
“Salah
satu aspek yang pernah Pemuda UMNO cadangkan ialah mengkaji semula nilai hutang
yang membolehkan seseorang diisytihar muflis oleh mahkamah.
“Jumlah
RM30,000 tidak lagi relevan dengan keadaan semasa kerana ada yang menjadi
mangsa muflis bukan atas pilihan mereka, sebaliknya kerana menjadi penjamin
untuk pihak ketiga,” katanya.
Agensi
khas
Sementara
itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim
Johan, berkata kerajaan wajar menimbangkan sebuah agensi khas untuk membantu
golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang terjejas selepas diisytiharkan
muflis.
PPIM
mencadangkan penubuhan sebuah agensi atau badan bebas dikenali sebagai Dana
Insan, khusus membantu golongan ini bergerak semula untuk meneruskan hidup
masing-masing.
MEDIA : BERITA HARIAN
TARIKH : 29/10/12
M/S : 4