622) EMEL PILIHAN : ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA
12 Sep 2012
ISU METER HARAM : 30 TAHUN TIDAK DISEMAK KETEPATAN METER ELEKTRIK, AIR DAN TELEFON DI BAWAH AKTA 71 UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Assalamualaikum,
Rakyat telah bangkit menyuarakan isu Meter Haram kerana meter air, elektrik dan telefon yang diguna untuk mentarif bil bulanan sebenarnya tidak disemak ketepatannya selama 30 tahun !
ISMAIL SABRI KESAL ?
Desas-desus kata DS Ismail Sabri berasa kesal kerana cadangan KPDNKK mahu melaksanakannya dibangkang oleh Peguam Negara, KPKK dan KeTTHA.
Rakyat telah bangkit menentang kekangan yang dirancang oleh AG, KPKK dan KeTTHA kerana ada kemungkinan wujudnya unsur-unsur mempertahankan hak syarikat-syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan air, elektrik dan telefon.
Mereka merasakan ramai pegawai telah dibeli ‘murah’ oleh syarikat-syarikat swasta sehingga memperlekehkan hak pengguna serta Rakyat Malaysia.
Ini ternyata bercanggah dengan amanat YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib dalam perhimpunan bulanan lalu di mana beliau merayu agar kerajaan memahami tidak ada gunanya kerajaan berjaya dalam sesuatu perkara tanpa memberi keutamaan kepada rakyat. Rakyat perlu benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima.
INI BERBEZA DENGAN GST !
Berbeza dengan GST, Akta 71 Timbang Sukat (Weights & Measure) adalah akta lama dan telah diluluskan oleh Parliament lebih 40 tahun. Tambahan pula, kos untuk menyemak ketepatan meter adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat-syarikat prasarana air, elektrik dan telefon. Mereka telah sedia maklum mengenai perkara ini kerana Malaysia antara satu-satunya negara bersama negara Asia Tenggara yang lain belum melaksanakannya. Ini adalah masa bagi kita benar-benar melaugkan keseriusan kita untuk menjadi negara bertamadun.
PDRM PUN KALAH DI MAHKAMAH ?
Yang memaksa kita untuk mempercepatkan proses pelaksaannya ialah kerana dalam beberapa kes terkini, PDRM juga telah dikalahkan apabila rakyat yang disaman kerana memandu laju dan memandu mabuk membawa kes ke mahkamah. Alasannya ialah, mesin untuk menyukat kelajuan dan menyemak nafas yang berbau arak itu tidak disemak ketepatannya. Harapnya, tidak ada mogok rakyat besar-besaran untuk tidak membayar bil air, elektrik dan air dan mencabar syarikat-syarikat prasarana di mahkamah.
NGO-MEDIA PATUT BERGABUNG !
Saya memohon agar media bergabung tenaga memastikan isu Meter Haram yang dibawa oleh beberapa NGO berpengaruh mendapat perhatian kerajaan sebelum ianya dipolitikkan oleh pihak pembangkang.
Niat beberapa NGO seperti Persatuan Penggunan Islam (PPIM), Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin (PERKOM), Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Kuala Lumpur & Selangor dan puluhan lagi NGO lain jelas menuntut agar kuasa untuk menyemak ketepatan meter dikembalikan kepada Menteri KPDNKK bagi mempertahankan hak PENGGUNA bukan OPERATOR.
Yang paling dirisaukan ialah, ada beberapa pihak yang ingin menabur api dalam bara dengan menuntut RM100 bagi tahun-tahun di mana meter air, elektrik dan telefon tidak disemak ketepatannya. Jika ini berlaku, maka ada kemungkinan bangkruplah TNB, Telekom, CELCOM, MAXIS, DIGI, SYBAS, SAJ dan sebagainya sekali gus ramai anak-anak Melayu yang terheret di’penganggur’kan !
Wassalam.
Rujukan dari Malay Mail:
Post Views: 187