“Orang kita ini masih cenderung dan suka memilih kedai atau restoran yang belum pasti halalnya. Saya tidak faham selera orang Melayu yang mudah terperdaya dengan makanan-makanan luar seperti makanan Korea, makanan Cina yang tidak pasti statusnya.
“Memang ada label halal tetapi kadang-kadang label halal daripada luar negara boleh diragui berbanding logo halal yang ada dalam negara kita sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Kempen Beli Produk Muslim di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya.
Sementara itu, Nadzim berkata, menerusi kempen itu, PPIM dengan kerjasama Ummah komited untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Islam dengan mengetengahkan penggunaan produk dan perkhidmatan Muslim.
“Kempen ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu-membantu dalam ekonomi umat Islam serta usaha memperkenalkan selain menggalakkan pengguna untuk memilih produk dan perkhidmatan milik usahawan Muslim.