Persatuan Pengguna Islam Malaysia kian mengorak langkah ke arah menggalakkan usahawan mengeluarkan produk halal dan toyyiban.
Baru-baru ini PPIM telah mengadakan perjumpaan dengan delegasi usahawan dan wakil pengguna muslim dari Korea bagi membincangkan bagaimana untuk memperluaskan penjualan produk halal Korea ke Malaysia dan sebaliknya.
PPIM diwakili Ketua Aktivisnya Nadzim Johan bersetuju satu langkah proaktif perlu diambil bagi kerjasama dua hala antara pengguna Korea dan Malaysia.
” Kita mahu usahawan muslim di negara ini memasarkan produk mereka keluar negara dan tidak lagi menjadi jaguh kampung dan pengguna pula dapat menikmati produk luar negara tanpa meragui status halalnya,” katanya.
Susulan perjumpaan itu, PPIM bakal mengumumkan beberapa inisiatif pertubuhan itu bagi membantu usahawan Muslim Malaysia dan Korea.