▪Pengesahan identiti penjual
– Pengesahan identiti penjual sebelum menjalankan urusan pembelian dengan memastikan identiti penjual adalah betul.
– Perlu mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya.
– Mengambil sedikit masa melakukan semakan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
▪ Semakan akaun bank
– Buat semakan nombor akaun penjual dengan memastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama penjual atau syarikat yang menjual.
– Pastikan nombor akaun tersebut adalah milik penjual sebenar.
– Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ada menyediakan portal untuk membuat semakan di http://ccid.rmp.gov/my/semakmule/
– Portal itu dapat menunjukkan sama ada nombor akaun / nombor telefon suspek terlibat dengan kes jenayah atau tidak.
▪ Testimoni pembeli lain
– Lihat testimoni pembeli lain yang pernah berurusan dengan suspek sama ada melalui komen di laman sosial milik penjual atau komen di blog milik suspek.
▪ Hati-hati dengan harga yang terlalu murah
– Elakkan membeli barang yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran.
▪ Simpan transaksi atau bukti
– Simpan bukti seperti e-mel, perbualan di laman sosial dan resit pembayaran.