Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KONGSI INFO SIHAT DARI SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA (SIM) : Manfaat Senaman Berjalan Laju
11 May 2012

Manfaat
Senaman Berjalan Laju
Selain
dari makan makanan yang kalorinya lebih rendah dari kalori yang dibakar setiap
hari atau:-
kalori dimakan sehari < kalori dibakar
sehari
Anda juga boleh membuat senaman seperti
jogging, berjalan laju (brisk walking), berbasikal dan sebagainya.
Menurut www.medicine.net di
http://www.medicinenet.com/walking/article.htm berjalan laju mempunyai 10
manfaat untuk kesihatan anda iaitu:-
1. Walking prevents type 2 diabetes. The
Diabetes Prevention Program menunjukkan yang berjalan 150 seminggu dan
menurunkan berat badan anda sebanyak 7% akan menurunkan risiko penyakit kencing
manis sebanyak 58%.
2. Walking strengthens your heart if you’re
male. Dalam satu kajian, kadar kematian dikalangan lelaki yang berjalan kurang
dari sebatu atau 1.6 kilometer sehari dua kali tinggi daripada mereka yang
berjalan lebih dari dua batu sehari.
. 3. Walking strengthens your heart if you’re
female. Dalam kajian ke atas wanita yang dibuat oleh Nurse’s Health Study
(72,488 jururawat wanita) mereka yang berjalan tiga jam atau lebih sehari
mengurangkan risiko sakit jantung atau apa2 penyakit jantung yang lain sebanyak
35% jika dibandingkan dengan wanita yang kurang berjalan.
4. Walking is good for your brain. Dalam satu
kajian ke atas berjalan dan fungsi otak, pengkaji mendapati wanita yang
berjalan pada kadar sederhana sekurang-kurangnya 1.5 jam seminggu mempunyai
fungsi otak atau kemampuan berfikir yang lebih tinggi daripada wanita yang
berjalan kurang 40 minit seminggu.
5. Walking is good for your bones. Kajian
menunjukkan yang wanita yang sudah putus haid yang berjalan sebatu atau 1.6
kilometer sehari mempunyai ketumpatan tulang seluruh badan yang lebih tinggi daripada
wanita yang berjalan kurang daripada 1 batu sehari. Berjalan juga efektif dalam
memperlahankan kadar kehilangan tulang dari kaki.
6. Walking helps alleviate symptoms of
depression. Berjalan selama 30 minit, tiga ke lima kali seminggu selama 12 minggu
mengurangkan simtom atau tanda-tanda kemurungan sebanyak 47% yang diukur dengan
soalan piawai kemurungan.
7. Walking reduces the risk of breast and
colon cancer. Berjalan juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada dan
kanser colon. Wanita yang berjalan laju 
sejam 15 minit ke dua setengah jam seminggu mengurangkan risiko risiko
kanser buah dada sebanyak 18% jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang tidak
aktif.Banyak kajian telah membuktikan yang senaman boleh mencegah kanser colon
dan manfaat senaman boleh meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan risiko
kematian.
8. Walking improves fitness. Berjalan laju 3
kali seminggu selama 30 minit akan meningkatkan dengan banyak kecergasan cardio
respiratory.
9. Walking in short bouts improves fitness,
too! Berjalan laju dalam masa yang singkat (tiga sesi sehari dan 10 minit
setiap sesi) akan menghasilkan peningkatan yang sama dalam kecergasan dan sama
berkesan dalam menurunkan lemak badan
10. Walking improves physical
function.Berjalan laju juga meningkatkan fungsi fizikal. Kajian menunjukkan
yang berjalan meningkatkan kecergasan dan fungsi fizikal dan mencegah kecacatan
fizikal di kalangan orang tua.
Moga artikel ini dapat membantu anda menjadi
lebih sihat dan cergas. Hubungi saya jika anda ingin mengetahui rahsia saya
menurunkan berat badan saya sebanyak 15kg dalam masa 80 hari tanpa berlapar.
Cikgu Yusoff
0193090711 0122947792
cikgutuition di gmail.com