pencalonan
ANUGERAH KAMBING
( Pertama kali di dunia )
1.
Sebagai manusia, sebagai pengguna, sebagai pembayar cukai, sebagai rakyat Malaysia, kita berusaha dan mengharapkan agar memperolehi barangan atau perkhidmatan yang terbaik.
2.
Namun demikian, sering kali perkhidmatan dan barangan yang diterima amatlah mengecewakan, di bawah piawaian yang boleh diterima disebabkan kecuaian, tiada dedikasi,tiada kesungguhan, tiada fokus.
Arkitek tidak merekabentuk bangunan dengan baik, kontraktor menyiapkan kerja sambil lewa, pemandu tidak berhati-hati, pemeriksa tidak memeriksa dengan tekun, pengurus tidak mengurus dengan baik sehinggakan kualiti perkhidmatan yang diberikan terpaksa diberikan berkali-kali, terpaksa diperbetul, diperbaiki…
Pegawai bank tidak menyelia pembiayaan dengan baik, tiada memberi perkhidmatan setanding dengan nama dan imej bank.
3.
Perkara yang dapat dilakukan dalam masa satu jam mengambil masa sehingga 10 hari. Perkara asas diambil mudah dan terpaksa diulang berkali-kali. Perkhidmatan dan barangan yang diberikan tidak cukup mutunya menyebabkan kerugian, kematian, kecacatan, kebakaran, kerosakan, kesusahan, kesukaran, ketidakselesaan dan kesengsaraan..
4.
Maka dengan ini mereka yang terlibat perlu diberi anugerah atas pencapaian rendah mereka sebagai peringatan dan sebagai petanda bahawa pengguna mahukan perkhidmatan terbaik, setimpal dan standing dengan nilai yang dibelanjakan.
Mulai hari ini satu pasukan pemantau pengguna telah dibentuk bagi memantau perkhidmatan atau produk dan akan mula menerima pencalonan dari para pengguna yang jelak dengan kualiti jelik yang diterima masyarakat. Mereka akan mencalonki memantau mana-mana organisasi yang gagal menepati mutu perkhidmatan aan anugerah kambing kepada Sekretariat Anugerah Kambing di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah.
5.
Pada hari ini Anugerah Kambing telah dicalonkan oleh para pelanggan kad kredit Hong Leong Bank yang didakwa cuai dalam meluluskan transaksi melibatkan jumlah puluhan juta ringgit melibatkan sindiket “Mat Kiosk” dan “Water Drops” dan lain-lain. Atas “kecuaian” itu mereka kini menghadapi pelbagai masalah kewangan dan tindakan mahkamah.
6.
Mereka mahukan masalah ini disiasat segera oleh pihak atasan Hong Leong Bank dan Bank Negara Malaysia bagi mendapat keadilan.
7.
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah. Sekian [END]