Disini saya ingin mengutarakan pendapat dan cadangan agar Pembayaran balik semua pinjaman tertunggak kad kredit dan pinjaman kenderaan oleh individu individu yg telah di senaraihitam oleh pihak bank melalui KWSP.
Ia adalah untuk mengelakkan pada akhirnya individu ini terpaksa membayar lebih terutamanya kadar faedah yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak bank.Dan seperti yang telah di laporkan di dada dada akhbar dan juga berita,pada masa ini ramai eksekutif muda yg telah di senaraihitamkan dan muflis oleh pihak bank terutamanya dari penggunaan kad kredit.
Oleh yang demikian saya mencadangkan pembayaran terus hutang hutang ini oleh pihak KWSP kepada Bank yang terlibat melalui pemotongan dari akaun 1.Seperti yang kita tahu sekarang ini banyak yg telah melabur didalam unit unit amanah melalui akaun 1.Dan pada saya tidak ada masalah untuk Kerajaan dan KWSP untuk melaksanakan pembayaran balik hutang hutang tertunggak tersebut kepada pihak Bank dengan syarat syarat yang telah dirangka dan ditetapkan antara pihak pihak yang terlibat.Ini adalah salah satu cara yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat disamping memberi peringatan agar bijak menguruskan kewangan.
Dan juga hanya KWSP sahajalah simpanan yang ada untuk masa depan.Sekurang kurangnya bagi yang ada hutang itu tidaklah perlu resah apabila mereka telah bersara kerana semua yang telah tertunggak telah dilangsaikan.
Di harap pihak PPIM dapat mengutarakan pendapat saya ini kepada pihak yang berkenaan atau Kementerian yang terlibat.