Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menghadiri majlis Santai Raya di Kebun Bandar Sg. Bunus.
Kebun Bandar Sg. Bunus adalah satu contoh perkebunan komuniti bagi masyarakat yang tinggal di bandar untuk bercucuk tanam di persekitaran kediaman selain meningkatkan kualiti udara. Aktiviti ini juga dapat membantu pendapatan ekonomi keluarga.
Sempena bulan Syawal ini, satu sambutan majlis Aidilfitri telah diadakan di tapak tanaman ini.
Tema tahun ini adalah ‘SANTAI RAYA’ yang dianjurkan oleh pemegang taruh, EXPERESSIONZ, BERNAMA, UTM, PPIM, BIKER WITH ELENA DAN YPNM.
Program tahunan ini adalah bagi merapatkan silaturahim diantara sesama kita serta memberi maklumat baru tentang kaedah penanaman, perancangan masa depan dan berbincang bagaimana untuk membantu golongan B40 di bandar.