Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM LANCAR SLOT RADIO KLINIK PENGGUNA UNTUK BANTU MASALAH PENGGUNA SECARA TERBAIK
06 Feb 2011

6 Februari 2011Pelancaran Slot Klinik Pengguna di Radio 24 telah berlangsung di Sembang-Sembang Cafe, The Mall, Kuala Lumpur.
            Program tersebut akan mula ke udara di 93.9 Bernama, Radio 24 pada setiap Isnin Jam 1.00tgh dan akan diulang siaran pada hari Sabtu jam 1.00tgh bermula pada hari esok, 7 Februari 2011.
            Antara matlamat program ini adalah untuk menyelesaikan masalah pengguna secara terbaik dan agar ianya menjadi panduan dan peringatan kepada pengguna lain agar mereka juga tidak terlibat dalam masalah yang sama.
Dr Ma’amor Osman, Setiausaha Agung PPIM berkata, ia merupakan siaran radio yang akan menyampaikan aduan dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan rakyat yang telah diadu ke PPIM tetapi tidak menemui  jalan penyelesaian dan sebagai jalan terakhir adalah dengan menyiarkan aduan tesebut secara terbuka dan melalui Klinik Pengguna tersebut, aduan dan masalah tersebut dibawa kepada Pejabat Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negara, kementerian, jabatan, agensi kerajaan, GLC, badan swasta, atau mana-mana organisasi yang berkaitan permasalahan tersebut.
Pendekatan ini diambil oleh PPIM kerana masih terdapat berbagai masalah yang tidak dapat dirungkai dan diselesaikan di atas sebab-sebab kelemahan pentadbiran atau kepentingan seseorang. Jalan terbaik adalah dengan membawa aduan-aduan ini kepada umum secara terbuka bagi mendapatkan penyelesaian dan keadilan. Rakyat juga akan berperanan menjadi hakim dalam kes-kes yang diadu. Ini amatlah bersesuaian dengan tema dan hasrat Kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Semua organisasi yang berkepentingan seperti pihak media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Bank-Bank, PBT, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain jabatan juga akan diminta untuk  mengikuti siaran ini untuk bersama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Salurkan sebarang permasalahan anda ke hotline PPIM 0193591000 atau emel ke muslimconsumers@gmail.com atau datang ke sekretariat PPIM di 70x, Jalan Keramat Hujung, atau di kaunter aduan PPIM di Sembang Sembang Café, The Mall.