Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KENYATAAN MEDIA ISU LARANG UMAT ISLAM KERJA DI PREMIS JUAL ARAK DI NEGERI SELANGOR SERTA KENYATAAN DUA EXCO SELANGOR TERESA KOK DAN RONNIE LIU MINTA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) MENARIK BALIK PERATURAN TERSEBUT DARI DIKUATKUASAKAN
17 Jan 2011

MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA SELANGOR DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
SERTA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
DAN
GABUNGAN NGO-NGO ISLAM
ATTN : NEWS EDITOR                                                                         16 JANUARI 2011

Majlis ayahanda-ayahanda Selangor Dan Wilayah Persekutuan, PPIM serta Gabungan NGO-NGO Islam menyokong penuh ketegasan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Selangor, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali melarang umat islam dari bekerja di premis-premis yang menjual arak di dalam negeri Selangor.
Sesungguhnya kenyataan tersebut hanyalah lebih bersifat peringatan ke arah penguatkuasaan yang lebih tegas kerana pada dasarnya larangan tersebut telahpun termaktub dengan adanya peruntukan di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah, Selangor 1995.
Pihak kami juga melahirkan rasa bangga dan ingin mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa tempatan khususnya MPSJ yang tanpa rasa takut telah menjalankan peranan mereka dengan berkesan dan penuh dedikasi ke arah menguatkuasakan peraturan di atas.
Kami amat tersinggung dan terguris dengan kebiadapan Ronnie Liu dan Teresa Kok yang cuba campurtangan di dalam hal ehwal Agama Islam dengan mengarahkan pihak MPSJ menarik balik peraturan melarang orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.
Sesungguhnya kenyataan serta niat campurtangan dua kuffar ini dalam urusan pentadbiran Islam amat dikesali dan amat biadap seterusnya boleh mencemar nama baik Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor serta agama Jslam amnya.
Sehubungan dengan itu, kami juga menggesa parti PAS yang selama ini menjadikan Islam sebagai slogan perjuangan mereka menyatakan pendirian rasmi mereka berkaitan perkara ini.
Kami juga mendesak agar parti PAS yang juga anggota pakatan rakyat agar mengambil serius perkara ini dengan menegur keceluparan anggota DAP tersebut melalui rakan sekutu mereka di dalam pakatan rakyat.
Seterusnya, kami berpesan kepada Ronnie Liu dan Teresa Kok agar jangan sesekali mencampuri urusan agama Islam “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami”  supaya tidak bermain api sehingga boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara yang telah terbina sekian lama.