Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SOKONG TINDAKAN PEGUAM CABAR KEWUJUDAN SEKOLAH VERNAKULAR! – PPIM – 16/01/2020
17 Jan 2020

Tindakan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencabar kewujudan sekolah vernakular di Mahkamah Tinggi kali ketiga pada pagi tadi mendapat sokongan penuh dari PPIM dalam memfailkan saman menbantah penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di SJK.

Tindakan ini juga disambut oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang turut memfailkan saman terhadap kerajaan bagi mengharamkan sekolah vernakular bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum serta mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
(Sumber: Ismaweb)

“Ini juga merupakan hak kita. Setiap perkara di negara ini berlandaskan Perlembagaan, daripada Perlembagaan itulah adanya undang-undang dan itulah asasnya. Mengikut Perlembagaan, tiada bahasa lain selain Bahasa Melayu, namun apa yang dilihat hari ini organisasi juga menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara dan masyarakat tidak kisah. Perkara ini merupakan penghinaan kepada kita,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, sokongan lantang ini adalah demi mendapatkan hak orang-orang Melayu. Pengguna seharusnya peka dengan situasi semasa supaya perkara ini dipandang serius oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan perlu responsif terhadap suara rakyat.