Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KACATV / BERITA, C-CURE TUNNEL (COVID-19) – KACA TV – 04/04/2020
06 Apr 2020

#KACATV Sukacitanya menjayakan liputan media inovasi proses sanitasi Covid-19 mengunakan kaedah C-Cure Tunnel di premis perniagaan, Cyberjaya. #BERITA 29 Mac 2020 (Ahad), Cyberjaya, Kuala Lumpur. Sejak mulanya penularan wabak Covid-19, Critical Illness Support Group (CISG), PPIM telah mula mencari kaedah untuk menyumbang kepada pengurangan ancaman wabak ini dengan kaedah terbaik dan berkesan bagi membantu usaha khusus oleh pihak kerajaan.

Kaedah “Sanitization dan Screening serta Filteration” berjaya dicipta khas buat premis yang sering dilawati seperti hospital, stesen bas, keretapi, lapangan terbang, kolej dan kompleks membeli belah sehinggalah kawasan perumahan dan rumah persendirian, hotel serta pejabat mahupun masjid.

Melalui proses ini sesebuah premis akan melalui proses SANITIZATION daripada dalam hingga keluar dan di pintu masuk premis tersebut akan ditempatkan C-CURE TUNNEL (Virus Buster) yang akan menyembur C-CURE antiseptik. C-CURE solution (Teknologi Russia) ini adalah amat berkesan dan selamat walaupun terkena mata atau jika tertelan serta tidak menggunakan Dettol, Klorin atau Alkohol.

Proses saringan ini amat berkesan kerana di bahagian angota badan mana-mana yang mungkin tercemar oleh sebarang kuman atau virus akan terkena semburan nano ini dan dapat dihapuskan. Melalui proses ini juga kita akan dapat mewujudkan kawasan bebas kuman di setiap premis-premis.

Artikel oleh: Kaca TV

KACATV / BERITA, C-CURE TUNNEL (COVID-19)

https://www.youtube.com/watch?v=FZEKlxIAyBg&feature=youtu.be