“Jika anda mengalami situasi ini atau menerima tekanan dari pihak Ahlong sepanjang tempoh PKP, sila tampil untuk mendapatkan bantuan” – Toqqi PPIM.
Individu yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang turut meminjam dari pemberi pinjam wang (PPW) berlesen atau ceti haram (ahlong) diminta segera tampil terutamanya mereka yang telah menyerahkan kad ATM. Ada beberapa solusi yang boleh dilaksanakan agar mereka tidak berputih mata dan usaha kerajaan tidak menjadi sia-sia. PPIM menyeru semua tampil segera agar dapat dibantu.
Individu yang menyerahkan kad ATM kepada pihak lain sebenarnya terdedah menjadi keldai akaun sekaligus terlibat dalam jenayah yang membabitkan Akta Pengubahan Wang Haram (AML) & Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan (CFT) sehingga boleh dipenjarakan jika didapati bersalah.
Kepada mereka yang dimaksudkan, sila laporkan isu anda di pautan berikut untuk dibantu: bit.ly/PPIM-BantuMangsaAhlong
Whatsapp:
http:// https://StopAhlong.wasap.my
https://NoToAhlong.wasap.my