Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
MALAKAT MALL JALIN KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN USAHAWAN – ISMAWEB – 18/04/2020
18 Apr 2020

BANGI, 24 Syaaban 1441H, Sabtu – Kompleks membeli-belah berkonsepkan muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MED) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan-usahawan terutamanya daripada golongan B40.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, objektif utama kerjasama ini adalah untuk membina satu ekosistem ekonomi yang lebih mapan di negara ini.

Katanya lagi, ia juga bagi memastikan umat Islam mampu meningkatkan pegangan mereka dalam sektor peruncitan.

“Alhamdulillah, selesai sesi pertemuan bersama Datuk Seri Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Semoga dipermudahkan segala usaha ini demi mengembalikan hak dan maruah kita, dan membina satu ekosistem ekonomi yang lebih adil. Amin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu adaah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Dr Salmah Ishak, Timbalan CEO Tekun Nasional, Aishahmudin dan CEO SME Corp, Noor Azmi Mat.

Malakat Mall yang terletak di bandar teknologi Cyberjaya adalah kali pertama dibina di negara ini bagi tujuan meningkatkan ekonomi usahawan muslim.

Pusat beli-belah itu mempunyai keluasan lebih dari 13,006,43 meter persegi, selain terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat, dan menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Fadzil Hashim berkata, pembinaan pusat beli-belah itu juga adalah antara usaha untuk mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.

Artikel oleh: ISMAWEB

MALAKAT MALL JALIN KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN USAHAWAN 

https://www.ismaweb.net/2020/04/18/malakat-mall-jalin-kerjasama-dengan-kementerian-usahawan/