RAUDHAH CITY – Malakat Mall dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MED) akan bekerjasama dalam usaha memperkasakan usahawan terutama daripada golongan B40.
Perkara itu dikongsi oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim
ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohammad Mentek di Putrajaya hari ini.
Menurut Mohd. Fadzil, objektif utama pertemuan itu adalah untuk membina ekosistem ekonomi yang lebih lestari untuk memastikan golongan bumiputera mampu meningkatkan pegangan dalam sektor runcit.
“Semoga dipermudahkan segala usaha ini demi mengembalikan hak dan maruah kita serta membina satu ekosistem ekonomi yang lebih adil,” katanya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Pengerusi Pertubuhan=Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Transformasi dan Pengurusan Projek TEKUN Nasional, Aishahmuddin Zulkefli dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Dr. Salmah. – MT
Artikel oleh: Malakat Tribune
MALAKAT MALL, MED JALIN KERJASAMA PERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA B40
http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/10709/