KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan dapat merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi mengimarahkan kembali surau dan masjid di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika bulan Ramadan ini, pastinya umat Islam amat rindukan suasana untuk berjemaah dan bertarawih di surau atau masjid-masjid berdekatan.
“Kita berharap kerajaan kaji balik bagaimana para jemaah boleh datang dan ikut SOP yang telah ditetapkan seperti penjarakkan sosial dan sebagainya. Saya rasa perkara ini boleh dilaksanakan.
“Kita ambil contoh, jika sesebuah masjid kapasitinya 2,000 jemaah. Maka, kita buat penjarakkan sosial satu meter dan mungkin masjid itu boleh muatkan 400 orang jemaah dalam satu-satu masa.
“Kita harap perkara ini dapat direalisasikan. Masjid juga mungkin boleh diberikan tanggungjawab untuk pastikan SOP dipatuhi. Masjid besar jadi kita boleh susun sebaik mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah kerajaan yang membenarkan sektor-sektor lainkembali beroperasi namun, masih tidak membenarkan orang ramai berjemaah di masjid.
Artikel oleh: Malakat Tribune
RANGKA SOP IMARAHKAN KEMBALI MASJID SELURUH NEGARA-PPIM
http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12563/