Setelah 14 tahun berada di Damansara Damai, Selangor, Raudhah College mulai Mac lalu berpindah ke tapak baharu yang lebih luas dan bersebelahan dengan Malakat Mall di Cyberjaya, Selangor.
Kampus moden yang mampu memuatkan lebih 1,000 pelajar itu turut menawarkan pelbagai kursus terkini peringkat diploma dengan penuntut turut menerima tawaran pekerjaan pada semester pertama pengajian.
Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman yang memuji institusi pendidikan swasta itu kerana menerapkan elemen keusahawanan bagi pupuk graduannya berniaga.
Majlis itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
RAUDHAH COLLEGE BERPINDAH KE CYBERJAYA