Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengorak langkah ke hadapan di dalam usaha mendapatkan penjelasan yang sewajarnya berhubung isu-isu terkini Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Susulan daripada tindakan menfailkan semakan kehakiman terhadap KKM pada 27 April 2021 lalu, PPIM dengan ini mengadakan satu sidang media bagi acara penyerahan afidavit tersebut.