Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen boikot produk Yahudi Zionis yang terdapat dalam pasaran di negara ini sebagai bantahan keras di atas kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan sendiri telah mengetuai kempen ini yang bertempat di Restoran Ali Maju di Rampai Business Park hari ini.
Di antara produk makanan yang diNyah jual di restoran ini ialah minuman Coca Cola yang telah dikeluarkan dari peti sejuk restoran tersebut.
Dato’ Jawahar Ali Taib Khan, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju turut serta dalam kempen ini. Beliau sendiri telah menampal pelekat “Coca Cola Tiada Jual Di sini” di restoran tersebut.
Ketika ditanya, Dato’ Jawahar Ali yang juga Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyatakan kesemua 1,250 restoran yang bernaung di bawah PRESMA di seluruh negara turut menyokong kempen ini.
Semasa ditemui, Datuk Nadzim Johan yang juga Pengerusi PPIM telah menyeru agar semua restoran di negara ini mengikut jejak langkah yang diambil oleh PRESMA dalam kempen memboikot produk minuman Yahudi Zionis ini daripada terus dijual dalam pasaran.
Nadzim berkata, sudah sampai masanya umat Islam di seluruh dunia menunjukkan kekuatan dan solidariti membantah kekejaman tentera Yahudi Zionis yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
Beliau juga kesal kerana tentera Yahudi Zionis ternyata lebih mampu menunjukkan keberanian mensasarkan roket ke arah orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.
PPIM juga telah melancarkan kempen yang sama bersama Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) pada 17hb Mei 2021 bertempat di Pasar Mini As Sakhiya, Taman Melawati.
PPIM akan meneruskan misi untuk mengajak umat Islam negara ini supaya lebih berani untuk bersama-sama menyokong perjuangan membebaskan Palestin. Menurutnya, Yahudi Zionis lebih kejam dari Hamas yang mereka labelkan sebagai pengganas. Israel is Real Terrorist!
Artikel oleh: Samudera.my
UMAT ISLAM DIGESA BOIKOT PRODUK YAHUDI ZIONIS – PPIM
https://www.samudera.my/umat-islam-digesa-boikot-produk-yahudi-zionis-ppim/