Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Luar sebagai jalan terbaik untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan membantu Ali dan anaknya untuk menjadualkan semula pembayaran pinjaman along.