“Saya bekerja di Malaysia…tapi caj nak masuk Malaysia tinggi sangat sampai kena bayar dekat agen RM 20 ribu…”
“Gaji sikit sangat dan kalau nak balik tempat sendiri nanti kena pukul. Kenapa sampai macam ni? Kalau sakit pun majikan tak akan ambil tahu”
Ini adalah antara aduan yang telah PPIM terima berhubung isu penipuan, penindasan dan salahlaku dalam pengambilan kemasukkan pekerja asing ke Malaysia serta penglibatan syarikat swasta dalam permohonan pengambilan pekerja asing.
Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan bagi mendedahkan salahlaku dalam pengambilan pekerja asing dan PATI di negara ini.